Bismillahir Rahmanir Rahim
Diam tak diam sudah 15 hari Ramadhan melewati kita. Bulan Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai kebaikan juga keistimewaan. Satu amalan yang dilakukan, berlipat-ganda pula ganjarannya! Sesuai dengan Hadis Rasul,
Dari Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SallaLLAHU alaihi wa sallam telah bersabda:
" Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akn diampuninya segala dosanya yang telah lalu".
Mendengar hadis ini, hati-hati kita pasti teruja dengan tawaran yang diberi Allah Subhanahu Wa Taala. Cuba kita muhasabah diri kita, sehari sahaja berapa dosa yang telah kita lakukan dalam sedar ataupun tidak. Justeru jika dihitung umur yang telah Allah berikan, 40 tahun..50 tahun..atau 60 tahun, berapa banyak dosa yang telah kita pikul sebagai hamba Allah yang serba doif ini. Banyaknya mungkin bagai pepasir di pantai..atau setinggi gunung Everest! Oleh itu, di bulan Ramadhan ini, kita diajar dengan memperbanyakkan doa:
"اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا"
Yang bermaksud: Ya Allah! engkau maha Pengampun yang suka memberi keampunan, maka ampunilah kami.
Ketahuilah.. Ramadhan akan pergi. Perpisahan bersamanya akan menggamit lagi. Ramadhan bukanlah bulan malas dan beku. Malah, pada zaman Rasulullah SallaLLAHU alaihi wa sallam dan para sahabat, ini lah bulan JIHAD dan KEMENANGAN. Terbukti pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang Badar al-Kubra. Peperangan antara yang benar dan batil. Sedia maklum, yang Batil pasti akan Kalah. Dengan izin dari Allah, Islam telah menang. Allahu akbar! Nyatalah, puasa tidak melemahkan bahkan ia sumber kekuatan yang membawa kepada kebanggaan unggul umat Islam.
Semoga Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga Ramadhan kali ini juga mampu menghadiahkan kita segunung kesabaran, pendinding kemungkaran dan syahwat di mana piala kejuaraannya adalah mahkota 'Tawqa'. Itulah puasa hati yang hakiki.....
Wallahu a'lam.
Friday, September 4, 2009
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)